Sunday, 20 January 2013


Topik 2
KONKRIT

MENERANGKAN BAHAN-BAHAN        
CAMPURAN DAN BANCUHAN KONKRIT




1)                 Simen

Simen ialah bahan pengikat yang mengikat bahan-bahan kompenan iaitu batu-batu baur halus dan kasar supaya menjadikan satu kepingan atau jasad yang padat. Simen menjalani proses tindakbalas kimia selepas dicampur ( dibancuh) dengan air. Ia memenuhi lompang-lompang di antara bahan-bahan lain supaya padat.

Terdapat banyak jenis simen yang dikilangkan, sperti simen portland, simen cepat mengeras, simen lebih alumina, simen putih, simen berwarna dan lain-lain tetapi hanya simen portland yang biasa digunakan dalam pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam. Simen cepat mengeras digunakan dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan dengan cepat. Simen putih dan berwarna biasanya digunakan untuk kerja-kerja hiasan, seperti memasang jubin, membuat kepingan terazo dan sebagainya.

Simen portland juga dikenali sebagai simen biasa atau simen membeku biasa ( normal setting). Biasanya simen jenis ini dijual dalam beg kertas dengan beratnya 50kg.

1)                 Batu baur

i). Batu Baur Halus (Pasir)

Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan. Walau bagaimanapun pecahan-pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan sumber utama batu baur halus.
Sebelum digunakan, juruaudit boleh mempastikan batu baur halus tersebut bersih daripada campuran tanah, kayu, batu-batu yang lebih besar dan apa jua kotoran lain-lainnya. Sebelum digunakan ianya haruslah ditapis terlebih dahulu. Pasir juga tidak boleh mengandungi bahan-bahan organan yang untuk menampakkan warna yang lebih gelap berbanding kecerahan asal.
Ianya disimpan di atas lantai simen atau lantai kayu dan boleh terdedah kepada hujan dan panas. Jika disimpan di atas tanah hanya pasir yang berada 150mm tinggi daripada aras tanah sahaja boleh digunakan. Ini bagi memastikan ianya tidak bercampur dengan debu tanah atau lumpur.

ii). Batu Baur  Kasar

Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih besar daripada 5mm tetapi tidak melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah batu-batu yang telah dipecahkan di kuari-kuari batu.
Jenis batu yang paling banyak didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur.



Bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan takungan air dan kerja-kerja bawah tanah di mana hanya pecahan batu granit sahaja boleh digunakan.
Batu baur kasar yang hendak digunakan ini juga harus bersih, tidak mengandungi ketul-ketul tanah liat
. Batu Baur Halus (Pasir): 
Ayak B.S.
5mm
2.3mm
1.18mm
0.60mm
0.30mm
0.15mm
Peratusan Telus
95-100
70-95
45-85
25-60
5-30
0-10
b. Batu Baur Kasar:
Ayak B.S.
20mm
10mm
5mm
Peratusan Telus
100
25-55
0-10


                                    

Gambar  2. batu baur




No comments:

Post a Comment